global

China haram perdagangan hidupan liar

Oleh Reuters

Beijing: China mengharamkan perdagangan hidupan liar di pasar, pasar raya dan platform e-dagang susulan penularan wabak koronavirus di negara itu.

Biro perhutanan, kementerian pertanian dan pemerhati industri dalam satu kenyataan bersama berkata, perintah itu berkuat kuasa Ahad.

Virus baharu itu sudah menjangkiti hampir 2,000 orang di seluruh dunia dan menyebabkan 56 maut di China.

Ia pertama kali dikesan di sebuah pasar di Wuhan yang menjual hidupan liar secara haram.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 26, 2020 @ 3:08pm
    d