global

Koronavirus: Filipina henti visa warga China

Oleh AFP

MANILA: Filipina berhenti daripada mengeluarkan visa semasa ketibaan kepada warga China susulan penularan wabak koronavirus baharu.

Pihak berkuasa negara itu berkata, langkah terbabit bagi memastikan Filipina bebas daripada virus berkenaan.

Setakat pagi ini, sebanyak 106 kematian akibat virus itu dilaporkan di China.

Kes jangkitan virus itu sudah dilaporkan di beberapa negara termasuk Thailand, Vietnam, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Nepal dan Amerika Syarikat.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 28, 2020 @ 11:32am
    d