global

Syarikat penerbangan gantung perkhidmatan ke China

Oleh AFP

London: British Airways, hari ini, menggantung semua penerbangan dari dan ke China, susulan penularan wabak koronavirus baharu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, ia berkuat kuasa serta-merta.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Sementara itu, syarikat penerbangan Indonesia, Lion Group turut menggantung penerbangan Lion Air dari dan ke China.

“Ia bermula 1 Februari sehingga satu tempoh ditetapkan kelak,” katanya.

Dalam pada satu, syarikat penerbangan Russia, Urals Airlines turut menggantung beberapa laluan dari China ke Eropah.

Terbaru, syarikat penerbangan Finland, Finnair menggantung laluan Nanjing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, sehingga akhir Mac.

Selain itu, laluan Helsinki dan Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing juga digantung perkhidmatan antara 5 Februari hingga 29 Mac.

Syarikat penerbangan Amerika, United pula menggantung 24 penerbangan ke Beijing, Hong Kong dan Shanghai, antara 1 dan 8 Februari.

Sementara, Air Canada pula membatalkan penerbangan tertentu ke China berikutan kurang tempahan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 29, 2020 @ 4:38pm
    d