global

Tiga rakyat Jepun positif koronavirus

Oleh AFP

Tokyo: Tiga rakyat Jepun yang dibawa pulang dari Wuhan disahkan positif koronavirus baharu.

Mereka adalah penumpang penerbangan pertama yang diatur oleh kerajaan negara itu bagi membawa rakyat Jepun yang terperangkap di Wuhan, semalam.

Pesawat khas itu tiba Lapangan Terbang Haneda, di sini, semalam.

Perkembangan itu menjadikan 11 kes positif koronavirus baharu di negara berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 9:30am
    d