global

Koronavirus: Gimnasium jadi hospital

Oleh Reuters

Beijing: Sebuah gimnasium, pusat pameran dan kompleks budaya di Wuhan mula diubahsuai kepada hospital sementara bagi menempatkan pesakit wabak koronavirus baharu.

Akbar tempatan melaporkan bahawa tiga premis itu mula diubahsuai untuk tujuan berkenaan, sejak malam Isnin lalu.

Ia akan menempatkan 3,400 katil untuk pesakit wabak itu yang menunjukkan simptom ringan, lapor Changjiang Daily

Wuhan, ibu negeri kepada wilayah Hubei, sudah merancang untuk membina dua hospital sementara, Huoshenshan dan Leishenshan.

Kedua-duanya akan menempatkan 2,600 katil.

Huoshenshan, yang dibina dengan kapasiti 1,000 katil sudah siap dibina dan sudah menerima pesakit pertama.

Leishenshan, pula dengan 1,600 katil pula masih dalam proses pembinaan.

Setakat pagi ini, 425 kematian direkodkan di China, akibat wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 4, 2020 @ 11:03am
    d