global

10 penumpang kapal positif koronavirus

Oleh AFP

Tokyo: Sekurang-kurangnya 10 penumpang kapal persiaran yang dikuarantin selepas berlabuh di Yokohama, positif wabak koronavirus baharu.

Jepun sebelum ini memerintahkan semua 3,711 penumpang dan kru kapal itu dikuarantin, selepas seorang bekas penumpangnya dijangkiti virus itu.

Bekas penumpang itu bagaimanapun sudah turun dari kapal ketika ia berlabuh di Hong Kong.

Setakat pagi ini, virus itu sudah tersebar ke 20 negara dan menyebabkan kematian hampir 500 orang.

Sebanyak 24,000 kes jangkitan dilaporkan hanya di tanah besar China.

Penularan koronavirus menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan kecemasan sebagai darurat kesihatan global, dan mendorong beberapa negara melaksanakan sekatan perjalanan, termasuk menggantung penerbangan dari dan menuju ke China.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 5, 2020 @ 9:40am
    d