global

Tisu tandas pun habis...

Oleh AFP

Hong Kong: Penduduk berpusu-pusu ke pasar raya untuk membeli tisu tandas, selepas laporan bahawa bekalan produk itu berkurangan akibat wabak koronavirus baharu.

Video yang diperoleh AFP menunjukkan bahawa orang ramai terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan produk itu.

Selain itu, rakaman juga menunjukkan pembeli berlumba-lumba mengisi troli dengan tisu tandas.

Pembelian panik itu bukan sahaja membabitkan tisu tandas, malah beras dan pasta.

Susulan itu, pihak berkuasa dalam satu kenyataan kesal dengan pihak yang menyebarkan laporan palsu sehingga menyebabkan penduduk Hong Kong panik.

“Kami mengutuk pihak yang menyebarkan laporan itu kerana ia bermotif jahat,” katanya.

Dalam pada itu, RTHK melaporkan bahawa bekalan tisu tandas dan beras di sebuah pasar raya di Wanchai habis dalam tempoh setengah jam.

Setakat ini, ada 21 kes positif koronavirus di Hong Kong, dengan satu kematian.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 6, 2020 @ 3:03pm
    d