global

Guna robot 5G untuk kuarantin

Oleh Agensi

WUHAN: Bagi mengurangkan jangkitan, dua hospital di bandar ini menggunakan robot dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, robot dipasang kemudahan skrin interaktif digunakan dalam dewan hospital bagi membantu pesakit menjalani diagnosis dan menyalurkan maklumat mengenai pencegahan wabak.

Syarikat yang membangunkan robot itu, CloudMinds berkata, sebuah lagi robot diprogramkan untuk membersihkan dan menyahjangkit kawasan kuarantin serta menghantar ubat-ubatan.

Robot itu disumbangkan kepada hospital yang dikhaskan untuk merawat pesakit dijangkiti koronavirus baharu.

Robot ditugaskan di barisan depan dalam membantu China memerangi wabak koronavirus selain mengurangkan risiko jangkitan silang dan meningkatkan kecekapan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 8, 2020 @ 6:45am
    d