global

Suspek ditembak mati, lapan selamat

Oleh Reuters

Bangkok: Pasukan keselamatan menembak mati suspek yang melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan kematian 21 orang, di bandar Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand.

Ia disahkan oleh jurucakap polis, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga seorang askar itu ditembak ketika bersembunyi di dalam sebuah pusat beli-belah.

“Polis turut menyelamatkan lapan individu yang dijadikan tebusan oleh suspek. Ada mangsa yang cedera,” katanya.

Suspek dikatakan melepaskan tembakan rambang pada 3 petang (waktu tempatan), semalam, dari dalam sebuah rumah.

Dia kemudian bergerak ke arah kem askar sebelum ke sebuah pusat beli-belah.

Suspek juga memuat naik hantaran di Facebook, ketika bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain untuk melepaskan tembakan.

Kejadian mencetuskan panik apabila pengunjung pusat beli-belah itu panik dan lari bertempiaran untuk keluar dari bangunan itu.

Sekurang-kurangnya, 31 orang turut cedera akibat kejadian itu dan dikejarkan ke hospital.

Berita berkaitan

Penembak menyorok di pusat beli-belah

10 terbunuh, tentera Thailand mengamuk

Disiarkan pada: February 9, 2020 @ 10:48am
d