global

Britain anggap koronavirus satu ancaman

Oleh Reuters

London: Britain mengisytiharkan koronavirus sebagai serius dan ancaman terhadap kesihatan awam, yang memberi kerajaan kuasa tambahan untuk mengasingkan mereka yang disyaki dijangkiti.

Britain telah mencatatkan empat kes koronavirus setakat ini, manakala rakyat Britain yang diterbangkan pulang dari Wuhan, bandar China di mana wabak itu menular, dikuarantin selama 14 hari.

Kes terbaharu dicatatkan adalah berkait warga Britain yang baru pulang dari Singapura serta menginap di resort ski di Perancis antara 24 dan 28 Januari lalu.

Sehingga kini, virus itu telah membunuh lebih 900 orang, dua di luar tanah besar China, dan telah merebak ke sekurang-kurangnya 27 negara dan wilayah.

Kementerian Kesihatan Britain berkata, langkah-langkah baharu diambil bagi melambatkan atau mencegah penyebaran koronavirus terus berlaku.

Hospital Arrowe Park, berhampiran Liverpool di utara England dan Kents Hill Park, di Milton Keynes, telah dikhaskan sebagai kemudahan pengasingan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 10, 2020 @ 9:06pm
    d