global

Covid-19: Risiko besar doktor

Oleh AFP

Beijing: Doktor yang menjadi kakitangan barisan hadapan dalam merawat pesakit koronavirus baharu (Covid-19) di China, semakin terdedah risiko jangkitan.

Ia selepas peningkatan jumlah pesakit dan pada masa sama kekurangan peralatan keselamatan.

Mereka juga keletihan dan kurang kakitangan terutama di Wuhan yang menjadi lokasi di mana tercetusnya wabak berkenaan.

Kebanyakan doktor juga dilaporkan memeriksa pesakit tanpa menggunakan peralatan keselamatan dan penutup mulut dan hidung.

Ada juga yang terpaksa memakai lampin pakai buang bagi mengelak membuang masa untuk membuang sut khas berkenaan.

Seorang doktor di klinik komuniti di Wuhan berkata, dia dan sekurang-kurangnya 16 rakan setugas menunjukkan simptom termasuk batuk dan jangkitan kuman.

“Sebagai doktor, kami tidak mahu bertugas dan pada masa boleh menyebarkan jangkitan.

“Tetapi, ketika ini, tiada orang yang boleh menggantikan kerja kami,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 4:04pm
    d