global

Guna papan serahkan tempahan

Oleh Reuters

Beijing: Sebuah kedai yang menjual pau terpaksa menggunakan sekeping papan untuk menyerahkan tempahan pelanggan bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Pekerja kedai berkenaan akan memasukkan pau yang siap dimasak ke dalam plastik dan menggelongsorkannya melalui papan berkenaan serta disambut pelanggan yang berada di luar kedai.

Pemilik kedai turut meletakkan notis memaklumkan pelanggan untuk membuat pembayaran menggunakan kod QR bagi mengelakkan hubungan langsung dengan pekerja kedai itu.

Namun, untuk pelanggan yang lebih berusia dan tidak tahu menggunakan pembayaran elektronik, pihaknya akan meletakkan kotak plastik pada sebatang kayu bagi pelanggan memasukkan wang tunai.

Penularan wabak Covid-19 secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan bandar utama di China sunyi sepi.

Namun, papan sepanjang satu meter itu dianggap sebagai penyelamat kerana beberapa perniagaan kembali beroperasi.

China melaporkan angka terendah hari ini bagi mangsa jangkitan wabak berkenaan sejak ia mula berlaku hujung Januari lalu dan mungkin menepati ramalan penasihat perubatan yang mengatakan ia akan berakhir April nanti.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 8:33pm
    d