global

Daging kelawar masih dijual

Oleh Agensi

WALAUPUN kebimbangan terhadap wabak koronavirus baharu (Covid-19) belum lagi surut, namun pasar di Manado, Sulawesi terus menjual daging kelawar yang dikenali sebagai paniki.

Jakarta Post melaporkan, warga tempatan terus mencari daging berkenaan untuk dijadikan hidangan makan malam atau jamuan.

Seorang penggemar paniki, Arie Kewok berkata, terdapat banyak pasar menjual paniki dan tidak menjadi masalah untuk penduduk tempatan mendapatkan daging berkenaan.

Penyelia Manado Bahu Freshmart, Henny Tendean berkata, setakat ini kerajaan belum lagi melarang penjualan daging berkenaan.

“Kami masih mendapat permintaan daripada pelanggan yang mahukan paniki. Rasanya mereka tidak takutkan koronavirus (Covid-19),” katanya.

Bagaimanapun katanya, jualan paniki dilaporkan merosot selepas wabak itu tersebar.

“Kami menjualnya pada harga murah sekitar Rp 10,500 (RM3.19) sekilogram,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 13, 2020 @ 8:25pm
    d