global

Kakitangan perubatan Thailand mangsa baharu

Oleh Reuters

Bangkok: Seorang kakitangan perubatan di Thailand menjadi mangsa terbaharu wabak Covid-19 di negara berkenaan selepas mendapat jangkitan itu daripada pesakit yang dirawatnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Suwanchai Wattanayingcharoenchia berkata, wanita tempatan berusia 35 tahun itu adalah mangsa terbaharu kes Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand seramai 34 individu sejak Januari lalu.

Setakat ini, 14 individu disahkan bebas wabak berkenaan serta dibenarkan pulang dan tiada sebarang kematian direkodkan.

Lebih 1,500 korban dicatatkan di China akibat wabak Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 15, 2020 @ 1:36pm
    d