global

Korban Covid-19 pertama di Taiwan

Oleh Reuters

Taipei: Seorang lelaki menjadi korban pertama di Taiwan akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Menteri Kesihatannya, Chen Shih-chung dalam sidang media berkata, lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 60 tahun, tidak memiliki sejarah perjalanan ke luar negara dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, dia menghidapi diabetes dan hepatitis B,” katanya.

Sehingga kini, Taiwan mencatatkan 20 kes positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 16, 2020 @ 8:10pm
    d