global

Covid-19: Lebih 70,000 dijangkiti di China

Oleh Agensi

BEIJING: Angka kematian akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19) di China meningkat kepada 1,770 orang.

Ia selepas 105 kes kematian lagi direkodkan sehingga semalam.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan bahawa jumlah kes jangkitan di negara itu adalah lebih 70,500 orang.

Ketika ini, 56 juta orang di Hubei, wilayah di mana tercetusnya wabak itu, dan kawasan sekitarnya masih dikuarantin.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kes jangkitan di luar kawasan pusat wabak dilihat berkurangan dalam tempoh 13 hari.

Dalam pada itu, pakar antarabangsa tiba di sini bagi bermesyuarat dengan rakan sejawat di China mengenai penularan wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 17, 2020 @ 11:22am
    d