global

Covid-19: Penumpang kapal dibenar mendarat

Oleh AFP

YOKOHAMA: Penumpang kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di sini, dan negatif koronavirus baharu (Covid-19), dibenarkan mendarat, hari ni.

Kira-kira 500 penumpang dijangka mendarat selepas tempoh kuarantin di dalam kapal berkenaan, berakhir sejak 3 Februari lalu.

Media sebelum ini melaporkan lebih 540 penumpang kapal itu disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, ia menjadikan Jepun menjadi kluster kedua terbesar wabak berkenaan.

Kapal berkenaan sebelum ini dikuarantin sebaik berlabuh di sini.

Ia selepas seorang bekas penumpang yang pernah belayar dengan kapal itu dan mendarat di Hong Kong, positif wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 10:21am
    d