global

Covid-19: Korban kedua di HK

Oleh AFP

HONG KONG: Lelaki berusia 70 tahun menjadi mangsa kedua yang maut di Hong Kong akibat koronavirus baharu (Covid-19).

Pihak berkuasa hospital negara itu berkata, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Princess Margaret di sini, pagi hari ini.

“Keadaan kesihatan mangsa merosot sebelum meninggal dunia hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Di tanah besar China, lebih 2,000 orang disahkan meninggal dunia dan 74,000 dijangkiti.

Sebelum ini, Hong Kong mengesahkan 62 kes Covid-19.

Pada peringkat awal, jangkitan dikesan kepada penduduk yang pulang dari Hubei, China.

Bagaimanapun, ia kemudian dikesan kepada individu yang tidak direkodkan mempunyai sejarah perjalanan ke China.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 12:36pm
    d