global

Covid-19: Kes pertama di Iran

Oleh AFP

Tehran: Dua individu di Iran disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19), menjadikannya kes pertama di republik berkenaan.

Jurucakap Kementerian Kesihatannya, Kianoush Jahanpour berkata, kes berkenaan dikesan di bandar Qom yang terletak di selatan Iran.

“Sejak dua hari lalu, kami mengesan kes berkaitan Covid-19 di Qom dan menghantar pasukan perubatan untuk melaksanakan protokol sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, daripada sampel yang diperoleh, pihak makmal mendapati dua daripadanya positif Covid-19 dan sampel selebihnya dipercayai dijangkiti Influenza B,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 9:00pm
    d