global

Iran minta batalkan acara agama

Oleh Reuters

DUBAI: Pegawai kesihatan Iran menggesa semua perhimpunan keagamaan di Qom dibatalkan selepas dua lagi individu dikesan positif Covid-19.

Ia menjadikan tiga individu dikesan positif wabak berkenaan sehingga kini.

Semalam, dua individu maut akibat Covid-19.

Jurucakap kementerian, Kianush Jahanpur berkata, seorang individu di Arak dikesan positif Covid-19 menjadikan keseluruhan lima kes dilaporkan di Iran.

Jahanpur berkata, semua mangsa adalah warga Iran dan individu yang dikesan dengan wabak itu di Arak adalah seorang doktor dari Qom.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 8:30pm
    d