global

Covid-19: 115 kematian lagi di Wilayah Hubei

Oleh AFP

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19) di China terus meningkat kepada 2,233 apabila 115 lagi meninggal dunia di Wilayah Hubei.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Hubei, majoriti kematian itu adalah di Wuhan, di mana virus itu mucul pertama kali pada Disember tahun lalu.

Mereka melaporkan bahawa terdapat 411 kes baharu dengan 319 di Wuhan manakala selebihnya tersebar di beberapa bandar lain.

Kira-kira 75,000 dijangkiti wabak Covid-19 di China dan ratusan lagi di 25 negara.

Sementara itu, Khamis lalu China memberitahu bahawa mereka sekali lagi mengubah kaedah mengira pesakit Covid-19 iaitu dengan hanya memasukkan mereka yang sudah diperiksa dengan ujian makmal.

Ia adalah kali kedua dilakukan dalam masa lapan hari, yang mana tindakan itu boleh menganggu statistik dan merumitkan usaha untuk mengesan penyebaran penyakit itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 21, 2020 @ 9:06am
    d