global

Covid-19: Lebih 20,000 sembuh

Oleh Agensi

BEIJING: Seramai 22,888 orang yang sebelum dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19) di China, sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Jakarta Post yang memetik laporan agensi berita Xinhua berkata, ia selepas ujian mengesahkan mereka pulih daripada virus itu.

Menurut laporan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, 2,230 orang dibenarkan keluar dari hospital, pada Sabtu

Dalam pada itu, Reuters melaporkan 76,936 kes Covid-19 dilaporkan di China dengan 2,442 kes kematian, setakat ini.

Covid-19 kini sudah merebak ke 25 negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 12:22pm
    d