global

Korban keempat Covid-19 di Itali

Oleh Reuters

INDIVIDU keempat yang dijangkiti Covid-19 di Itali maut, kata jurucakap kerajaan, hari ini.

Mangsa berkenaan, seorang lelaki berusia 84 tahun dimasukkan ke hospital untuk rawatan bagi penyakit yang tidak berkaitan dengan Covid-19.

Tiga lagi individu yang maut akibat wabak berkenaan juga adalah warga emas dan berdepan masalah kesihatan.

Lebih 200 individu dijangkiti virus berkenaan sejak Jumaat lalu, dengan sebahagian besarnya berasal dari kawasan mewah di selatan Itali iaitu Lombardy dan Veneto.

Bagi mengekang wabak berkenaan daripada terus merebak, kerajaan sudah mengarahkan penutupan sekolah, universiti, muzium, pawagam dan melarang semua acara membabitka orang awam.

Hampir 12 bandar di Lombardy dengan jumlah populasi hamir 50,000 diletakkan di bawah kuarantin, sebagaimana langkah diambil untuk bandar berhampiran, Veneto.

Lombardy adalah kawasan yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 53 kes dilaporkan semalaman, menjadikan jumlah keseluruhan 165 dalam tempoh empat hari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 5:40pm
    d