global

China tangguh sesi parlimen

Oleh AFP

BEIJING: China membuat keputusan untuk menangguhkan sesi parlimen, selepas republik berkenaan berdepan wabak Covid-19.

Pemimpin tertinggi Parti Komunis termasuk Presiden Xi Jinping menghadiri perhimpunan Kongres Rakyat Nasional (NPC), yang diadakan setiap tahun bagi memutuskan rang undang-undang, belanjawan dan pergerakan pegawai yang ditentukan parti.

Berdasarkan laporan stesen televisyen tempatan CCTV, ahli jawatankuasa NPC mengadakan pertemuan semalam dan memutuskan bahawa sidang parlimen ‘patut ditangguhkan’.

Ia sepatutnya bermula 5 Mac nanti dan tarikh baharu akan ditentukan kelak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 5:53pm
    d