global

Timbalan Menteri Kesihatan Iran positif Covid-19

Oleh AFP

Tehran: Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi disahkan positif Covid-19, lapor jurucakap kerajaan.

Harirchi dilaporkan mengalami batuk dan berpeluh ketika mengendalikan sidang media mengenai wabak berkenaan, semalam.

Pada sidang media itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa terdapat 50 individu maut akibat wabak itu di bandar Qom dan menyatakan untuk meletak jawatan sekiranya dakwaan berkenaan benar.

Iran mengesahkan tiga lagi kematian akibat Covid-19 dan 34 kes jangkitan baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 15 dan 95 mangsa jangkitan.

Menurut kementerian kesihatan, kebanyakan mangsa yang berada di luar Qom adalah mereka yang mempunyai sejarah berkunjung ke bandar berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada perintah kuarantin dikeluarkan untuk bandar itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 8:05pm
    d