global

Dulu sembuh, kini positif

Oleh AFP

TOKYO: Seorang wanita di Jepun yang sebelum ini sembuh selepas

dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19), sekali lagi disahkan positif wabak itu.

Wanita berusia 40 tahun itu kali pertama disahkan positif Covid-19, pada 29 Januari.

Ketika kejadian, dia bekerja sebagai pemandu pelancong untuk kumpulan pelancong dari Wuhan yang menjadi lokasi tercetusnya wabak itu.

Pemandu bas berkenaan turut disahkan positif Covid-19.

Selepas menerima rawatan di hospital, wanita terbabit disahkan negatif wabak itu, pada 6 Februari.

Bagaimanapun, pada 21 Februari, dia berjumpa doktor selepas mengalami sakit tekak dan sakit dada.

Rabu lalu, dia disahkan positif wabak berkenaan.

Setakat semalam, Jepun merekodkan sekurang-kurangnya 186 kes dengan tiga kematian akibat Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 3:52pm
    d