global

Covid-19: BTS batal konsert

Oleh AFP

SEOUL: Kumpulan K-pop terkenal Korea Selatan, BTS membatalkan empat konsert mereka April depan berikutan peningkatan mendadak wabak Covid-19 di negara itu yang kini mencecah 2,000 kes.

AFP melaporkan, kumpulan dianggotai tujuh orang itu akan mengadakan empat konsert di Stadium Olimpik, Seoul sebagai mempromosikan album baharu mereka, Map of the Soul:7.

Big Hit Entertainment dalam satu kenyataan berkata, konsert dijangka dihadiri 200,000 peminat itu terpaksa dibatalkan berikutan ada pihak meramalkan skala wabak sukar dibendung ketika ini.

“Kita mesti mengambil kira kesihatan dan keselamatan ratusan ribu tetamu serta artis kita," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 2:59pm
    d