global

Amerika Syarikat tangguh mesyuarat dengan pemimpin ASEAN

Oleh Reuters

WASHINGSTON: Amerika Syarikat menangguhkan pertemuan dengan pemimpin Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara (ASEAN) yang telah dirancang untuk menjadi tuan rumah pada 14 Mac kerana kebimbangan mengenai penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Perkara itu didedahkan dua pegawai Amerika Syarikat yang dekat dengan perkara berkenaan.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump menjemput pemimpin ASEAN untuk bertemu di Las Vegas selepas dia tidak menghadiri sidang kemuncak bersama kumpulan itu di Bangkok pada November.

"Sebagai komuniti antarabangsa bekerjasama untuk mengalahkan Covid-19, Amerika Syarikat berunding dengan rakan kongsi ASEAN dan membuat keputusan yang sukar untuk menangguhkan mesyuarat pemimpin ASEAN," kata seorang pegawai kanan pentadbiran yang tidak dinamakan kepada Reuters.

Pegawai itu menambah bahawa Amerika Syarikat menghargai hubungannya dengan negara-negara anggota ASEAN dan berharap untuk pertemuan masa depan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat juga memberikan kenyataan serupa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 10:46am
    d