global

Covid-19: 47 lagi maut di China

Oleh AFP

BEIJING: China melaporkan 47 lagi kematian akibat Covid-19, sekali gus meningkatkan jumlah korban virus itu kepada 2,835 mangsa, hari ini.

Masing-masing seorang pesakit meninggal dunia di wilayah Henan dan Beijing manakala 45 lagi di Hubei.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan merekodkan 427 kes baharu menjadikan angka jangkitan kini mencecah 79,251.

Empat daripada kes baharu itu berlaku di Hubei, sementara 420 pula di Wuhan di mana virus berkenaan dipercayai tercetus dari sebuah pasar menjual haiwan liar.

Walaupun bilangan kes baharu meningkat berbanding 327 semalam, ia tetap jauh lebih rendah daripada angka harian dicatatkan China lebih 10 hari lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memaklumkan bahawa kini lebih banyak kes harian dilaporkan di negara lain berbanding China.

China meletakkan 56 juta penduduk di Hubei bawah kuarantin ketat selama lebih sebula serta mengehadkan perhimpunan awam di seluruh negara dalam disebabkan penularan Covid-19.

Menurut pihak berkuasa, usaha memerangi Covid-19 mulai membuahkan hasil tetapi pelaksanaan langkah diteruskan, termasuk penutupan sekolah, manakala perniagaan secara perlahan-lahan beroperasi semula.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 11:39am
    d