global

Iran catat kematian tertinggi selepas China

Oleh Reuters

KEMATIAN akibat Covid-19 di Iran kini mencecah 43 individu dengan jumlah jangkitan mencapai 593 kes.

Jurucakap kementerian kesihatan, Kianush Jahanpur berkata, dalam tempoh 24 jam, sembilan individu dilaporkan maut.

“Jumlah kematian kini mencecah 43 individu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Iran adalah 593,” katanya.

Iran menjadi negara yang mencatatkan angka kematian tertinggi di luar China.

Semua sekolah diarahkan tutup sehingga Selasa nanti dan melarang acara sukan dan konsert sepanjang minggu ini.

Beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk timbalan menteri dan ahli parlimen turut disahkan positif virus berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 7:50pm
    d