global

Maut akibat Covid-19 dan denggi

Oleh Reuters

BANGKOK: Thailand merekodkan kematian pertama akibat wabak Covid-19 yang membabitkan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga menghidap demam denggi.

Ketua Pengarah, Jabatan Kawalan Penyakit, Suwanchai Wattanayingcharoen berkata, ia adalah kes pertama seumpamanya di negara berkenaan.

Sehingga kini, Thailand merekodkan 42 kes Covid-19 sejak Januari lalu dengan 11 daripadanya masih dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) turut merekodkan kematian pertama akibat wabak berkenaan yang membabitkan lelaki berusia 50-an.

Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan tidak membuat sebarang perjalanan ke kawasan wabak.

Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 62 kes di AS.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 1:45pm
    d