global

Covid-19: Korban kedua di AS

Oleh AFP

Washington: Amerika Syarikat mencatatkan kematian kedua akibat koronavirus baharu (Covid-19).

Pihak kuasa kesihatan negara itu berkata, lelaki itu berusia 70-an dan mempunyai masalah kesihatan lain.

Kematian itu berlaku di King County, daerah di Seattle yang mempunyai populasi terbanyak di sini.

Ia adalah kematian kedua di Washington dan King County.

Mangsa pertama berusia 50-an yang meninggal dunia pada Sabtu lalu juga mempunyai sejarah penyakit lain.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 11:23am
    d