global

Covid-19: 30 kes di Sweden

Oleh BERNAMA

STOCKHOLM: Jumlah kes Covid-19 di Sweden meningkat dua kali ganda menjadikan keseluruhan sebanyak 30 kes berbanding hari sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua memetik Agensi Kesihatan Awam, pada Selasa.

Seramai 15 orang disahkan dijangkiti, menjadi kes pertama dalam kalangan mereka “yang sihat dan tidak menunjukkan gejala.”

Di Stockholm sahaja, enam orang sudah dijangkiti.

Daripada jumlah keseluruhan kes, kebanyakannya dilaporkan di negeri di utara Itali.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 9:54am
    d