global

Korban pertama Covid-19 di Iraq

Oleh AFP

SULAIMANIYAH: Iraq mengumumkan kematian pertama kibat Covid-19 yang membabitkan seorang lelaki berusia 70 tahun.

Lelaki berkenaan yang dipercayai seorang ulama tempatan telah dikuarantin di bandar ini.

Pihak berkuasa kesihatan bandar berkenaan berkata, lelaki itu telah bertemu dengan seorang warga Iraq yang baru pulang dari Iran.

Iraq adalah satu daripada pasaran eksport Iran dan juga destinasi popular untuk warga Iran berkunjung ke Najaf dan Karbala.

Malah, ramai warga Iraq juga sering menyeberang sempadan untuk urusan perniagaan, pelancongan, rawatan perubatan dan pengajian agama.

Kemunculan Covid-19 di negara berkenaan mencetuskan panik di kalangan rakyat kerana ia tidak mempunyai sistem kesihatan yang berupaya mengendalikan pandemik.

Banyak hospital di Iraq tidak mempunyai kelengkapan perubatan malah, nisbah doktor kepada pesakit juga terlalu besar di mana 10 doktor untuk 10,000 pesakit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 8:13pm
    d