global

Covid-19: Korea Selatan hampiri 6,000 kes

Oleh AFP

Seoul: Jumlah kes koronavirus baharu Covid-19 di Korea Selatan, kini menghampiri 6,000 kes.

Ia selepas 145 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 5,766 kes.

Daripada jumlah itu, 35 kes kematian dilaporkan.

Hampir 90 peratus kes di negara itu berasal dari bandar selatan, Daegu dan wilayah bersebelahannya, Gyeongsang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 5, 2020 @ 11:35am
    d