global

Jepun diminta tidak babitkan kanak-kanak

Oleh AFP

JEPUN digesa menghentikan perancangan pembabitan kanak-kanak pada acara penyerahan obor dan pembukaan Olimpik Tokyo 2020 sebagai langkah berjaga-jaga akibat wabak Covid-19.

Ketua jawatankuasa penganjur, Yoshiro Mori menyifatkan arahan itu sebagai ‘keputusan mengecewakan’ di mana mereka terpaksa membatalkan persembahan membabitkan 140 kanak-kanak di Athens.

Pengumuman itu dibuat selepas penganjur menilai semula acara penyerahan obor dan mengehadkan kunjungan pemerhati kerana bimbangkan penyebaran wabak Covid-19.

“Persembahan di Athens itu sepatutnya diadakan pada 19 Mac ini namun, atas keselamatan kanak-kanak ini, kami akan membatalkan kunjungan berkenaan,” katanya.

Obor Olimpik dijadualkan tiba di Jepun pada 20 Mac nanti dan kira-kira 200 kanak-kanak juga dijangka tidak boleh turut serta dalam acara yang akan diadakan di Miyagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 7:40pm
    d