global

Sampai macam itu sekali!

Oleh Agensi

LONDON: Supermodel Naomi Campbell menarik perhatian apabila memuat naik foto di Instagram menunjukkan dia memakai sut perlindungan sebelum menaiki penerbangan, baru-baru ini.

Ia didakwa sebagai langkah pencegahan susulan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19), ketika ini.

Menerusi foto berkenaan, dia dilihat turut memakai penutup mulut dan hidung berwarna biru muda, gogal dan sarung tangan berwarna merah jambu.

Dia turut membawa bagasi putih untuk dipadankan dengan warna sut berkenaan.

Sebelum ini, Naomi menerusi satu video yang dimuat naik ke YouTube menunjukkan dia membersihkan tempat duduknya di kelas bisnes ketika menaiki sebuah pesawat.

Selepas mencuci tempat duduk itu dengan pembasmi kuman, Naomi, 49, akan menyarungkan tempat duduknya dengan kain pelapik.

Katanya, ia kerana terlampau bimbang dengan kuman yang boleh tersebar di dalam pesawat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 2:20pm
    d