global

Covid-19: Uber mahu gantung akaun pemandu?

Oleh Agensi

NEW YORK: Syarikat perkhidmatan e-hailing, Uber Technologies Inc (Uber) mempertimbang untuk menggantung sementara akaun pemandu dan penumpang yang positif atau terdedah kepada Covid-19.

AFP melaporkan dakwaan itu yang memetik laporan CNN, hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, syarikat berkenaan tidak memberi maklum balas berhubung laporan berkenaan.

Uber pada Sabtu lalu dilaporkan menawarkan pampasan kepada pemandu dan penghantar yang disahkan positif Covid19 atau menjalani kuarantin akibat wabak itu sehingga tempoh 14 hari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 11, 2020 @ 3:15pm
    d