global

Indonesia henti eksport penutup hidung dan mulut

Oleh Reuters

JAKARTA: Indonesia akan menggantung eksport penutup mulut dan hidung.

Menteri Perdagangan Agus Suparmanto berkata, ia bagi memastikan bekalan barangan itu mencukupi untuk rakyatnya.

“Kami akan mengeluarkan arahan untuk menghalang eksport penutup mulut dan hidung bagi menampung permintaan tempatan,” katanya.

Suparmanto berkata, perintah itu akan berkuat kuasa sehingga kerajaan berpuas hati bekalan produk itu mencukupi untuk pasaran tempatan.

Harga produk dikesan melonjak di beberapa bahagian di Indonesia, selepas orang awam membuat pembelian panik.

Ia susulan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 13, 2020 @ 2:39pm
    d