global

Wartawan disyaki dijangkiti Covid-19

Oleh Reuters

Washington: Seorang wartawan Rumah Putih disyaki dijangkiti Covid-19 dan menimbulkan persoalan mengenai sidang media yang menghimpunkan ramai wakil media dan pegawai pentadbiran Trump dalam bilik sama setiap hari.

Persatuan Koresponden Rumah Putih berkata, wartawan berkenaan yang identitinya tidak didedahkan dipercayai mempunyai kontak dengan pegawai perubatan di Rumah Putih.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Stephanie Grisham berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan membincangkan pelbagai pilihan.

“Kami bekerjasama dengan baik untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak dan dalam masa sama menyampaikan maklumat kepada orang awam,” katanya.

Sebelum ini, senator Republikan, Rand Paul menjadi wakil rakyat pertama Amerika Syarikat (AS) disahkan positif Covid-19.

Pandemik berkenaan yang berpusat di New York, California dan Washington kini sudah meragut 506 nyawa dan menjangkiti 43,000 individu di AS.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 6:01pm
    d