global

Boris umum dirinya positif Covid-19

Oleh AFP

London: Boris Johnson menjadi Perdana Menteri pertama disahkan positif Covid-19 hari ini.

Perdana Menteri Britain itu mengumumkan dirinya di bawah kuarantin dan mula merasai simptom wabak berkenaan sebelum disahkan positif.

Boris menerusi pautan terbaharu di Twitter memaklumkan mengalami beberapa gejala ringan sebelum dinasihatkan menjalani ujian.

"Dalam tempoh 24 jam lalu, saya mengalami simptom awal dan ujian mendapati positif koronavirus.

"Saya sekarang sedang mengasingkan diri tetapi akan terus menerajui kerajaan menerusi sidang video dalam memerangi virus ini, bersama kita melawannya," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 27, 2020 @ 8:32pm
    d