global

Doktor meninggal dunia rahsiakan jangkitan

Oleh Reuters

Tashkent: Seorang doktor di Uzbekistan meninggal dunia selepas gagal merawat jangkitan Covid-19 yang dirahsiakan dari pengetahuan orang lain.

Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu dijangkiti daripada ‘patient zero’ di negara berkenaan.

Doktor itu kemudiannya dimasukkan ke hospital 26 Mac lalu dalam keadaan tenat dan meninggal dunia dua hari kemudian, yang juga kematian kedua dicatatkan di negara itu.

Setakat ini, Uzbekistan mengesahkan 104 kes jangkitan Covid-19 dan turut melaksanakan perintah berkurung.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 10:06pm
    d