global

Lebih 10,000 kematian di Sepanyol

Oleh AFP

Madrid: Angka kematian akibat Covid-19 di Sepanyol melebihi 10,000 hari ini selepas mencatatkan 950 kematian dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes positif melebihi 110,000.

Sepanyol adalah negara kedua yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat pandemik Covid-19 selepas Itali.

Kementerian Kesihatannya berkata, sehingga kini angka kematian mencecah 10,003 walaupun ia kini menunjukkan trend menurun bagi jangkitan baharu.

Jumlah jangkitan baharu meningkat 7.9 peratus hari ini, berbanding 8.2 peratus semalam serta 25 peratus ketika awal minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Salvador Illa berkata, data menunjukkan lengkuk semakin stabil dan epidemik itu berada dalam fasa perlahan.

Madrid kekal sebagai kawasan paling teruk terjejas dengan 4,175 kematian dan lebih 32,000 kes positif, menyebabkan hospital dan rumah mayat sesak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 7:27pm
    d