global

PM Britain sembuh dari Covid-19

Oleh AFP

London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas seminggu menerima rawatan akibat Covid-19.

Menurut jurucakap Downing Street, Johnson dibenarkan keluar dari hospital dan diminta meneruskan proses pemulihan di kediamannya di Chequers.

“Atas nasihat pasukan perubatan, beliau diminta untuk tidak menyambung tugas dalam masa terdekat,” katanya.

Perdana menteri berusia 55 tahun itu dimasukkan ke Hospital St Thomas di London Ahad minggu lalu, 10 hari selepas diuji positif Covid-19.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa beliau diberikan bantuan oksigen dan tidak menggunakan ventilator.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 9:39pm
    d