global

Arab Saudi tempat keenam destinasi paling selamat

Oleh Agensi

Jeddah: Arab Saudi menduduki tempat keenam antara destinasi perjalanan paling selamat ketika pandemik Covid-19.

Portal Arab News melaporkan satu artikel yang diterbitkan oleh Wego Travel Blog mengenai tempat selamat untuk perjalanan ketika Covid-19 menyarankan Arab Saudi satu-satunya negara di Asia Barat berada dalam kelompok itu.

Negara dipilih mengikut kaedah Kesatuan Eropah (EU) untuk penilaian risiko perjalanannya.

Kaedah pemilihan merangkumi kriteria epidemiologi, kemampuan negara untuk menurun dan menstabilkan penyebaran virus secara signifikan untuk jangka masa lama, kapasiti sistem kesihatan serta pusat dengan kapasiti pengujian skala besar untuk mengesan dan memantau jangkitan.

Dalam pada itu, Wego Travel Blog menyenaraikan Malaysia pada tangga ke-20, selepas El Salvador dan India.

Sementara itu, angka kematian Covid-19 Arab Saudi terus menurun dengan 13 kematian kelmarin.

Jumlah kematian hariannya menurun sejak akhir-akhir ini dengan kurang daripada 20 kematian setiap hari sejak 12 November.

Secara keseluruhan, 5,870 kematian dicatatkan di negara itu sejak awal pandemik.

Terdapat 220 kes baharu yang direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 356,911 kes manakala kira-kira 5,000 kes aktif dan jumlah kes sembuh mencapai 346,023 kes.

Senarai negara yang dikategorikan selamat untuk dikunjungi ketika pandemik Covid-19:

1. Australia

2. New Zealand

3. Singapura

4. Zambia

5. Cuba

6. Arab Saudi

7. Uruguay

8. Iceland

9. Kazakhstan

10. Turkey

11. Finland

12. Israel

13. Bahrain

14. Norway

15. Emiriah Arab Bersatu

16. Filipina

17. Namibia

18. Sri Lanka

19. El Salvador

20. India

21. Malaysia

22. Afrika Selatan

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 30, 2020 @ 6:00am
    d