Asia

China sahkan kes pertama varian B117

Oleh AFP

Shanghai: China mengesahkan kes pertama Covid-19 dengan varian baharu seperti dikesan di Britain.

Pesakit berkenaan adalah seorang wanita berusia 23 tahun dari Shanghai pulang dari Britain 14 Disember lalu, lapor Pusat Kawalan Penyakit China dalam laporan penyelidikan semalam.

Dia dimasukkan ke hospital sejurus tiba di negara ini selepas menunjukkan gejala ringan.

Pakar kesihatan menjalankan jajaran genetik daripada sampel wanita berkenaan pada 24 Disember berikutan sejarah perjalanannya ke UK.

Pesakit itu didapati mempunyai strain berbeza daripada yang dijumpai di Shanghai dan Wuhan, serta hasil ujian lanjut mendapati ia adalah varian B117 yang tersebar di UK sejak Oktober lalu.

Pihak berkuasa kini sedang giat mengesan kontak rapat wanita berkenaan.

China sudah menyekat penerbangan dari dan ke Britain sejak 24 Disember lalu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 31, 2020 @ 6:47pm
    d