Asia

Hina petugas hadapan

Oleh Agensi

Jakarta: Akibat menghina dan memperlekehkan aksi pasukan barisan hadapan menjalankan tugas mencegah Covid-19, tiga pemuda ditahan pihak berkuasa dan menangis teresak-esak memohon maaf atas kesalahan mereka.

Mereka menghina Pasukan Petugas Menangani (Satgas) Covid-19 di Jawa Timur dan merakam aksi berkenaan yang kemudiannya tular.

"Saya ingin meminta maaf kerana memfitnah Satgas dalam video itu," kata seorang suspek.

Datuk Bandar Kota Probolinggo, Habib Hadi Zainal Abidin tegas meminta ketiga-tiga mereka itu dihukum.

"Hukuman tetap perlu diteruskan. Kerajaan bandar meminta kes penghinaan video itu diteruskan," katanya dalam portal Kompas.com.

Sementara itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Probolinggo, Joko Murdianto mengesahkan, kes berkenaan masih dalam siasatan.

"Perkembangan lanjut akan dikongsikan kemudian. Kes ini ada pelbagai peringkat," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan rakaman video memperlihatkan ketiga-tiga pemuda itu memperlekeh tindakan Satgas dalam menangani kes Covid-19 di Kota Probolinggo dengan kata-kata kurang sopan.

Insiden itu berlaku ketika petugas Satgas Covid-19 melakukan tugas pencegahan virus di Mayangan, Probolinggo, Khamis lalu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 4, 2021 @ 6:00am
    d