Asia

Covid-19: Kematian pertama di China dalam 8 bulan

Oleh AFP

Beijing: China melaporkan kes kematian pertama Covid-19 dalam tempoh lapan bulan, pada Khamis.

Negara itu ketika ini bersedia untuk menerima kumpulan pakar Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) selain berusaha untuk mengekang lonjakan kes baharu.

Menerusi penguatkuasaan sekatan pergerakan (lockdown) yang ketat, larangan perjalanan dan ujian saringan besar-besaran, China berjaya mengawal penularan virus itu,

Namun, sejak beberapa minggu lalu jumlah kes baharu semakin meningkat terutamanya di utara negara itu.

Selain itu, 138 kes baharu dilaporkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Khamis yang menjadikan ia jumlah tertinggi untuk sehari sejak Mac tahu lalu.

Tiada maklumat lanjut diberikan berhubung kematian terkini oleh pihak berkuasa kesihatanbsn

selain hanya lokasi di wilayah Hubei .

Pihak berkuasa melaksanakan ujian pengesanan berskala besar sejak minggu lalu termasuk di sekolah dan kedai di pusat bandar Hebei yang menjadi pusat penularan untuk jangkitan terbaharu ini.

Wilayah berhampiran, Xingtai yang memiliki tujuh juta penduduk juga kini dikenakan sekatan pergerakan sejak Jumaat lalu dengan lima juta penduduk di bandar Langfang.

China menjadi negara pertama yang mengesan Covid-19 setahun lalu di pasar basah Wuhan dan kini ia merebak ke hampir semua negara seluruh dunia.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 14, 2021 @ 10:42am
    d