Asia

Perintah berkurung di Beijing selepas kesan varian UK

Oleh Agensi

Beijing: Perintah berkurung (lockdown) dikuatkuasa ke atas lima kawasan di Beijing selepas dua kes varian baharu Covid-19 Britain dikesan di ibu negara China.

France 24 melaporkan, kedua-dua kes varian itu adalah antara tujuh kes Covid-19 baharu yang dikesan pada Rabu, dengan enam yang ditemui di daerah Daxing Selatan.

Menurut Ketua Badan Kesihatan Beijing, Pang Xinghuo, langkah itu diambil bagi mengelakkan penularan wabak di Beijing terutama menjelang Tahun Baru Cina.

Pegawai mengatakan bahawa dua kes di Daxing dikaitkan dengan varian baharu UK yang dipercayai virus itu lebih mudah disebarkan dan pertama kali dikesan pada hari Ahad.

Secara keseluruhan, 1.6 juta orang diperintahkan untuk berada di rumah, kecuali mereka yang mendapat kebenaran khas daripada pihak berkuasa dan ujian calitan negatif Covid-19.

Acara membabitkan 50 orang atau lebih di daerah itu dilarang, sementara majlis perkahwinan harus ditangguhkan.

Bagi semua pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah di daerah itu, mereka perlu belajar di rumah.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 21, 2021 @ 1:32pm
    d