Asia

Putera Bahrain bawa vaksin Covid-19 ke Gunung Everest

Oleh AFP

Kathmandu: Nepal sedang menyiasat bagaimana seorang putera Bahrain merancang untuk mendaki Gunung Everest dengan membawa 2,000 dos vaksin Covid-19 ke negara berkenaan tanpa kebenaran.

Sheikh Mohamed Hamad Mohamed Al Khalifa berlepas ke Kathmandu Isnin lalu merancang untuk menderma vaksin AstraZeneca ke sebuah kampung, menurut Kedutaan Nepal di Bahrain.

"Ia dibawa tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dan kebenaran daripada pejabat kedutaan.

"Kami sedang menyiasat perkara ini dan akan membuat keputusan sama ada ia masih boleh digunakan atau tidak," kata jurucakap Bahagian Pentadbiran Ubat, Santosh KC.

Kumpulan putera berkenaan termasuk ahli Pengawal Diraja Bahrain kembali semula ke Nepal selepas mendaki Gunung Manaslu dan Lobuche pada Oktober tahun lalu.

Ketika itu, kerajaan Nepal tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian untuk pendaki asing namun, pengecualian diberikan kepada kumpulan berkenaan.

Nepal kini sudah membuka semula sempadannya untuk pendaki dan putera berkenaan serta pasukannya adalah antara yang terawal menjejaki Gunung Everest tahun ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 17, 2021 @ 7:03pm
    d